This is a labor of love, not one of making money. You do it because you love it and you understand the work and cost associated with your hobby. I breed birds purely based around quality as opposed to quantity
Wednesday, 28 November 2012
My Rainbow...
Assalamualaikum....
Rainbow adalah adalah my 1st parrot daripada spesis lorikeet atau dalam bahasa Melayu nya dipanggil Nuri Berkicau. Spesis ini banyak didapati dan hanya dijumpai di habitat asalnya di Australia, Eastern Indonesia, Papua New Guinea, New Caledonia, Solomon Islands and Vanuatu. Nama siantifiknya pula adalah Trichoglossus haematodus.
Spesis lorikeet ini memang menjadi idaman saya sejak saya melihatnya di rumah Abang Joe di Dungun Terengganu dan sejak itu saya berangan-angan untuk memiliki spesis ini sebagai salah satu koleksi saya. Alhamdullilah pada Disember 2011 saya berjaya memperolehi seekor anak handfeed rainbow lorikeet dari seorang breeder di Pulau Pinang dengan harga RM1250 (termasuk AP CITES). Pati ada orang tanya apa itu AP CITES. CITES membawa maksud (the Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora) is an international agreement between governments. Its aim is to ensure that international trade in specimens of wild animals and plants does not threaten their survival. Untuk memelihara spesis lorikeet kita memerlukan premit daripada Jabatan Perhilitan yang mana hanya breder-breeder dan penjual yang mempunyai permit kebenaran sahaja yang boleh menjalankan urusan import eksport spesis terlindung ini menjadi satu kesalahan bagi sesiapa atau individu menyimpan spesis lorikket ini tanpa permit yang sah daripada Jabatan Perhilitan Malaysia. Ok kita lupakan pada premit semua itu sebab Blog Birds Region ni bukan blog Perhilitan nak aku huraikan panjang lebar kan?. Bagi mereka yang nak tahu tentang CITES korang bolehlah layari laman sesawang mereka di http://www.cites.org/eng/disc/what.php .
Aku namakan si comel ini dengan nama Rainbow...sesuai sangat dengan warna bulu dia yang berwarna warni dan berkilat cantik. Waktu sampai ke tangan aku umurnya dalam lingkungan 2 bulan lebih dan masih lagi perlu di suap seperti baby kerana tidak pandai makan sendiri. Anak burung ni tak macam anak ayam atau itik yang menetas jer terus pandai makan sendiri. Menjadi satu kerja pula lah aku tiap-tiap pagi kena bangun awal dan siapkan makanan Rainbow. Makanan spesis lorikeet ni special sikit, tak seperti parrot lain yang hanya cukup makan bijirin dan buahan-buahan sahaja, spesis lorikeet ni makanan dia berupa cecair seperti nektar bunga-bungan... tapi aku tak adalah kasi sejambak bunga setiap hari kat Rainbow suruh dia isap sendiri madu bunga-bungan tu hehheeeee... untuk diet Rainbow kau kasi fresh milk yang aku campurkan dengan madu dan pisang yang dilecek-lecek atau kadang-kadang aku blaber buah-buahan seperti anggur, mangga, prum dan buah-buahan lain bersama-sama dengan telur. Penyediaan diet Rainbow nampak macam susah tapi sebenarnya tak susah pun kalau dah memang minat dan sayang pada spesis lorikeet nie dan nama pun haiwan kesayangan kan? kalau malas baik korang belalah ayam kampung lagi mudah hehhheee... Sekali aku buat makanan Rainbow memang aku siap-siap buat untuk stok seminggu dua...kalau tiap-tiap hari jenuhlah aku.
Sayang sangat aku pada Rainbow ni sebab dia sangatlah active tak reti duduk diam n malam-malam dia tidur dalam selimut yang aku berikan pada dia. Rainbow ni memang pandai berinteraksi dengan aku, dia sangat suka kalau aku geletek dia dan dia juga cukup suka dengan objek yang berbunyi seperti loceng dan bola.... kesana kemari dia akan golek kan bola dan loceng yang aku belikan pada dia.
Kelebihan spesis lorikket ini ialah dia berkebolehan berkicau, tak seperti spesis parrot lain yang hanya berbunyi kuat dan kadang-kadang merimaskan, spesis lorikeet ni memang merdu kalau dia berkicau. Kicauan lorikeet seperti murai batu dan spesis-spesis burung kicau yang lain dan tak hairanlah kalau di Indonesia burung ini diberi nama burung Nuri Berkicau. Kicauannya lorikeet banyak dipengaruhii dengan bunyi kicauan burung disekeliling nya. Kadang-kadang sengaja aku pasang video kicauan burung murai batu untuk ditiru oleh Rainbow dan hasilnya tak mengecewakan malah lagi kuat dan lagi banyak lagu yang berjaya ditiru oleh Rainbow.
Rainbow pernah accident dengan aku apabila kereta yang kami naiki kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur pada bulan Disember tahun lepas. Mujurlah kami tidak mengalami kecederaan teruk. Waktu tu Rainbow aku letak kan dalam beg khas yang akan aku letak kan dia kemana sahaja kami pergi. Alhamdullilah mujurlah beg pakaian aku tak menimpa beg yang mana Rainbow aku letakkan.
Rainbow pernah terbang pergi sewaktu aku bawanya balik kampung, masa itu aku tak potong lagi bulu pelepah sayapnya sebab sayang rasanya nak potong bulu pelepah dia. Masa dia terbang pergi tu adalah pada waktu pagi musim banjir di rumah mak aku di Dungun, cuak giler masa tu sebab dia terbang terus tak toleh dah ke belakang lagi.... Puas aku mencarinya dan puas aku memanggilnya lansung tidak menyahut. Waktu itu aku dah pasrah dan memang aku dah redha yang aku akan kehilangan Rainbow buat selama-lamanya. Dari pagi sampailah petang puas aku mencarinya dikawasan sekitar rumah aku tapi Alhamdullilah akhirnya Rainbow dijumpai duduk diatas anak pokok getah di sebelah tanah mak aku, mujurlah anak pokok getah tu tak tinggi kalaulah kena pokok getah yang dah tua mahu menangis aku nak ambilnya. Mujurlah adik aku panjat dan ambil Rainbow di atas pokok getah tu kalau tak nampaknya menangislah aku. Terus bawa balik rumah dan terus aku taruk Rainbow dalam sangkar. Balik Kuala Lumpur terus aku potong bulu pelepah sayap Ranbow sebagai upah terbang lari.
Memelihara spesis lorikeet ni kena sabar...sabar sebab diet dia tak seperti spesis parrot lain dan dia pun jenis berak pancut, makan bersepah dan perlukan perhatian yang lebih...tapi percayalah spesis lorikeet adalah spesis yang paling best untuk dijadikan kawan kerana sifatnya yang active dan pandai berinteraksi dengan semua orang... Kalau korang berkira dengan kos diet spesis ini baik kamu lupakan sahaja untuk memelihara spesis ini kerana akan menjadi satu bebanan buat korang... Tak semestinya orang yang boleh memelihara spesis parrot lain boleh dan tahan memeilihara spesis lorikeet ini...tapi bagi aku spesis lorikeet adalah TERBAIK.
Oklah penat dah aku menulis...lain kali aku tulis lagi tentang yang lain pula....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
scary nya masuk blog ni.. takut terjerat dan jatuh cinta kat bird2 yg comel2 ni.. boleh nangis tau..
ReplyDeleteHahahhaaaa... jnagan nangis :P
ReplyDeletesy pun ada bela spesis lory juga....chattering.....diet utama sy beri jagung hancur (halus) kering. 2 hari sekai beri madu yg dicampur air dan buah- buahan spt epal dan pisang
ReplyDeleteSalam..bro punye lorikeet ni...black capped ka...apa kah?
ReplyDelete