Sam Gibbs Collection
Sam Gibbs Collection
Sam Gibbs Collection
Sam Gibbs Collection
Sam Gibbs Collection
Burung Love Bird yang berkualiti dan cantik bukan murah harganya. Ya mungkin anda boleh membeli Love Bird dengan harga yang murah tetapi adakah harga yang anda bayar murah itu adalah Love Bird yang berkualiti dan cantik?
Ramai yang membincangkan isu berkaitan dengan harga semasa Love Bird di tempat kita. Berbagai-bagai pandangan diutarakan dan dibincangkan. Apa yang saya tulis adalah pandangan peribadi saya terhadap isu ini. Mungkin apa yang saya tulis ini dipersetujui dan mungkin akan ada yang memandang sinis.
Minat terhadap Love Bird di negara kita masih lagi baru dan jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara jiran kita iaitu Thailand dan Philippine (lupakan Indonesia kerana mereka menilai Love Bird lebih kepada suara). Kebanyakan Love Bird yang dijual di Pets Shop adalah kurang berkualiti dan majoriti burung yang dijual adalah hybrid yang bermaksud bukan baka unggul (
PURE BLOOD) yang mana telah dikacukkan antara baka Personatus (Masked) dengan Fischery. Jika di Euro/Amerika, mutasi hybrid tidak diiktiraf oleh Belgium Love Bird Society (BVA) dan Africa Love Bird Society (ALBS) iaitu persatuan yang memainkan peranan penting bagi pencinta seni kecantikan Love Bird di peringkat antarabangsa. Mengacukan antara spesis Love Bird yang berlainan dianggap tidak BERETIKA oleh persatuan-persatuan di sana. Untuk maklumat lanjut tentang BVA anda bolehkan melayari laman sesawang BVA di
http://www.agapornidenclub.be/start1.htm dan ALBS di
http://www.africanlovebirdsociety.com/membership/index.html .
Mengikut standard BVA dan ALBS, Love Bird yang kurang berkualiti seperti hybrid (kacukan antara fischer dengan masked atau dengan baka-baka lain) dan yang kurang bermutu akan dijadikan Pets iaitu hanya dijadikan haiwan peliharaan semata-mata manakala Love Bird yang berkualiti tinggi akan dikategorikan Show Bird yang layak memasuki pertandingan seni kecantikan Love Bird dan seterusnya dijadikan baka untuk di Breed (dibiak baka). Seperti yang saya katakan di atas, mungkin kita boleh memperolehi harga Love Bird yang murah tetapi apakah standard Love Bird yang kita beli? adakah Love Bird yang dibeli dikategorikan Pets atau Show Bird ?. Saya bukan mahu terlalu membincangkan tentang isu standard Pets atau Show Bird kerana saya bukanlah pakar dalam menilai mutu Love Bird tetapi disini saya ingin bincangkan tentang harga standard Love Bird mengikut pandangan saya seorang peminat Love Bird yang masih baru mengikut situasi di negara kita.
Sebagai seorang peminat Love Bird dan pengalaman bergaul dengan peminat dan pembiak Love Bird dan haiwan peliharaan lain seperti Serama, Kelisa Merpati, Kucing dan Anjing dan lain-lain memberikan saya rumusan bahawa" Exclusive Love Bird just for Elite people" , maksud saya di sini hanya mereka yang benar-benar meminati dan tahu menilai kualiti sesejenis haiwan kesayangan sahaja yang akan berani membeli dengan harga yang tinggi untuk dimiliki dan seterusnya untuk dijadikan baka. Sering kali saya mendengar rungutan daripada mereka yang baru meminati burung Love Bird ini tentang harga yang ditawarkan oleh para pembiak tempatan (local breed) yang dikatakan tinggi berbanding burung yang diimport masuk daripada Thailand mahupun Holland. Yer, memang harga Love Bird local breed harganya lebih mahal daripada import ini adalah kerana:
- Hanya baka yang selective sahaja yang akan di biakkan oleh pembiak baka yakni bermaksud bahawa pembiak baka yang beretika akan hanya membiakkan Love Bird mereka dengan cara yang betul dan mengjaga ketulenan baka Love Bird itu sendiri.
- Love Bird yang dibiakkan adalah generasi kedua dan ke atas setelah dibawa ke negara kita
- Tahan lasak dan tahan pernyakit,cuaca, dan persekitaran negara kita
- Cantik dan yang paling penting;
- Hubungan persahabatan dengan pembiak baka boleh dijalinkan serta tunjuk ajar tentang Love Bird akan diperturunkan.
Ada yang mengatakan bahawa baka Love Bird dinegara kita berasal daraipada Thailand dan saya mengiyakan kenyataan tersebut tetapi kita kena ingat bahawa baka Love Bird yang dibawa masuk oleh pembiak baka tidak sama dengan Love Bird yang dibawa masuk oleh pengimport untuk dijual di Pets Shop. Ini kerana pembiak baka tempatan akan memperolehi baka terpilih daripada Thailand dengan pergi sendiri ke Aviary breeders di Thailand. Baka yang dipilih adalah yang terbaik dan berkualiti jika dibandingkan dengan yang di jual di Pets Shop yang mana majoritinya burung yang diimport dan dijual adalah sekadar sesuai untuk dijadikan pets semata-mata dan ini harus difahami oleh para peminat-peminat baru.
Biasanya pembiak baka mempunyai harga exclusive masing-masing dan harga yang diletak pada Love Bird tak sama antara seorang pembiak baka dengan pembiak baka Love Bird yang lain. Harga biasanya bergantung kepada:
- Kecantikan - Makin cantik maka harga adalah tinggi
- Usia - makin matang makin mahal tetapi akan jatuh harga pada burung yang terlalu tua
- Mutasi - makin rare dan exotic makin mahal
- Jantina - harga Love Bird jantan lagi tinggi kerana kesukaran memperolehinya
- Kategori untuk dibiak baka sama ada pasangan Love Bird dikategorikan, Proven pair atau Bonding pair. Proven pair biasanya dijual sekali ganda harga daripada harga Bonding pair.
Kembali kepada minat seseorang terhadap Love Bird. Seseorang yang betul betul meminati Love Bird tidak berkira dan sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk memiliki Love Bird yang dihajati. Keberanian dan kesanggupan mereka kadang kala tidak masuk akal dan ini sama sahaja pada peminat Serama, Kelisa Merpati, Kucing dan Anjing yang sanggup berbelanja besar untuk memiliki apa yang dihajati. Kepuasan tidak boleh dinilai dengan kata-kata kerana "Quality is not Expensive it's Priceless" . Seperti gambar-gambar yang saya masuk kan seperti di atas adalah Love Bird yang berkualiti yang di biak oleh Sam Gibb iaitu seorang pembiak baka terkenal di England. Cuba anda nilai sendiri kualiti dan kecantikan Love Bird yang telah beliau berjaya biakan.... Adakah layak burung sebaik ini dibayar dengan harga yang murah? Adakah usaha beliau untuk memperolehi baka yang tinggi kualitinya dibayar dengan harga yang murah? tidak bukan? jadi begitu juga dengan harga Love Bird yang ditawarkan oleh pembiak baka tempatan. Bukan saya bermaksud taraf Love Bird yang dibiak kan oleh pembiak baka tempatan setaraf dengan Sam Gibb tetapi saya mahu anda menilai sendiri mutu burung yang dijual di Pets Shop dengan burung yang dibiakan oleh pembiak baka tempatan... Anda sebagai pembeli berhak menentukannya... "u get peanut if u just pay a peanut".
Saya sebagai seorang peminat Love Bird dan parrot masih lagi mencari ilmu terhadap minta terhadap Love Bird dan Parrot. Belajar menilai kualiti burung yang diminati supaya apa yang dibayar oleh saya terhadap minat ini berbaloi dan memberi kepuasan yang semaksima mungkin. Harga bukan menjadi ukuran dan kuantiti bukan menjadi tanda kejayaan tetapi Kualiti adalah segalanya bagi saya.
Sesuatu yang exclusive dan berkualiti perlu dibayar dengan harga yang exclusive kerana telah menjadi lumrah manusia yang akan menghargai sepenuh hati sesuatu yang berharga dan bernilai.