Tuesday, 11 December 2012

Nick my Red Warrior



Nick adalah Warrior dalam geng-geng Birds Region. Nick adalah spesis Red Lory (Eos bornea or Eos rubra)dalam keluarga Psittaculidae yang amat aku sayang. Nick adalah pet aku yang paling rapat dan manja. Spesis Red Lory berasal dari kepulauan Indonesia terutama di Kepulauan Maluku atau orang putih panggil Moluccas Island. Bagi aku Nick dan spesis Lory ini amat istimewa sekali. Nick dan Rainbow (Rainbow Lory aku ) adalah dalam keluarga yang sama cuma subspecies yang berlainan sahaja. Diet spesis Lory adalah sama yang mana buah-buahan dan nektar bunga menjadi pilihan mereka.


Nick akan ikut kemana sahaja aku pergi, baik ke waterfall,jeram,balik kampung semuanya dia akan ikut kecuali ke office jer dia tak ikut sebab dia buta IT hehheheee... Nick ni dia ada attitude sendiri... Mood dia kadang-kadang okay kadang-kadang nak jer aku duku dia laju-laju. Adakala cukup manja dia ni dan ada kala cukup moody n sombong...perangai Nick kena banyak sabar. Kalau dia buat perangai moody dia nak menangis dibuatnya sebab sungguh menguji kesabaran aku...tapi kadang-kadang aku kasi juga upah ketuk kepala sebab tak tahan ngan perangai dia ni... Manja spesis Lory ni sama seperti manja seekor kucing dan anjing dengan tuan nya. Spesis parrot ni pandai berinteraksi dengan tuan nya. Alhamdullilah Nick cepat mesra dengan semua oarang yang dia boleh percayai...tapi Nick anti perempuan entah mengapa pun tak tahu. Biasanya Nick akan gigit sesiapa yang first time mahu memegangnya, mungkin untuk diuji kot hehhehee... Kalau tahan digigit oleh Nick maka Nick akan baik dengan orang tu.


Walaupun Nick ada attitude yang mengjengkelkan tetapi dia ada angle side yang buat aku sentiasa rindu untuk bermain-main dengan nya...kalau mood dia okay dia suka kiss...bila dia kiss maknanya dia dalam mood yang paling stabil. Mungkin hormon dalam badan yang membuatkan dia jadi moody dan mungkin juga sebab Nick kesunyian tiada pasangan hidup. Kalau ikutkan usia Nick...Nick sudah bersedia untuk mempunyai pasangan hidup untuk membiak...Insyaallah Januari 2013 akan aku usahakan untuk mencari pasangan hidup untuk Nick tapi sebelum itu Nick perlu menjalani ujian DNA untuk mengenal pasti jantinanya terlebih dahulu. Kalau dah jumpa pasangan yang sesuai untuk Nick mungkin tahun depan Nick akan memperolehi anaknya sendiri. Cage untuk breeding sudah aku beli cuma tunggu cukup wang sahaja untuk memperolehi pasangan Nick.


Nick suka berkicau, dalam sehari tak pernah dia diam kecuali waktu dia tidur... Kalau Nick diam itu akan merisaukan aku...kerana kalau Nick tetiba diam dan tak selincah biasa itu bermakna Nick sakit, so bila Nick bising berkicau aku tak perlu bimbang tentang dia. Nick ni suka sangat mandi pantang taruk air dalam bekas mandi dia maka cepatlah dia terjun dalam bekas mandi dia tu. Spesis Lory ni ada bau sikit...bau hamis seakan-akan kambing jantan, so untuk hilangkan bau hamis tu aku akan spray Nick dengan pewangin untuk pets, kalau tak spray maka jawabnya tak adalah orang mahu pegang Nick. Yang istimewanya Nick ini adalah aku tak perlu "wing clip" atau potong bulu pelepah sayap dia. Dia tak akan lari terbang...itulah yang istimewanya Nick pada kau yang mungkin tak ramai pemilik parrot mempunyai parrot sejinak Nick.



Spesis Lory adalah spesis yang active. So dalam cage Nick aku sediakan pelbagai toys untuk dia untuk mengelakkan dia jadi boring. Nick paling suka object yang bulat dan berbunyi.... So aku letak kan bola berloceng untuk dia...sesekali kalau dilihat gelagat Nick bermain tak ubah seperti kanak-kanak berusia 3 tahun...siap baring tu main bola loceng dia. Satu lagi tabiat Nick adalah sifat dia yang suka explore apa sahaja yang baru di dalam cage dia, pasti dia akan sentuh benda itu dengan sifat yang ingin tahu yang mendalam... Nick bukan sekadar haiwan kesayangan aku, malah lebih dari itu...Nick adalah penyeri hidup akau termasuklah yang lain-lain dalam Birds Region... Nilai kasih sayang antara kami tiada harganya dan hanya mereka yang mempunyai haiwan kesayangan sahaja yang tahu kekuatan hubungan antara manusia dan haiwan kesayangan mereka yang bezanya hanya pada akal.

No comments:

Post a Comment