Menjadi tanggungjawab kita sebagai peminat burung menyediakan sangkar yang sesuai dan selesa untuk mereka semua. Alhamdullilah pada permulaan saya serius dengan hobi dan minat terhadap spesis medium dan small parrot ni saya telah berjaya membina sangkar atau Aviary yang saya rasa cukup seslesa untuk mereka.
sewaktu masih lagi dalam pembinaan
Sewaktu hari pertama Aviary dimuatkan dengan koleksi parrot
Material yang saya gunakan adalah kawat tahan karat yang berharga RM360 segulung yang mana matanya berukuran 0.5 inci. Saiz ini saya pilih adalah untuk mengelakkan Aviary saya dimasuki oleh tikus dan ular kecil. Kayu 2inci x 2inci saya gunakan untuk rangka dan kayu 2inci x 3inci digunakan sebagai strutur rangka utama untuk memastika Aviary saya kukuh dan kuat.
Atap pula saya gunakan asbestos. Asbestos dipilih kerana ciri-cirinya yang tahn lasak, tidak berkarat dan penebat haba dihari panas terutama ketika musim kemarau. Bahagian belakang Aviary saya lapiskan dengan aluminium bagi mengurangkan Aviary ini terlalu terdedah dari pandangan luar dan sebagai pelindung daripada hujan dan angin sejuk sebab seperti kita maklum spesis parrot ini alah pada cuaca sejuk terutama dimalam hari dan dimusim hujan.
Tapak asas aviary saya dikonkritkan sepenuhnya bagi mengelakkan tikus menceroboh dari dalam tanah dan bagi melindungi struktur asas daripada rosak. Didalam Aviary saya masukkan pasir sungai bagi kelihatan natural dan sebagai agen nyah-bau najis burung.
Oleh kerana sifat parrot ni suka dengan mainan, saya meletakan beberapa mainan seperti loceng untuk mereka. Mainan penting bagi burung yang agak liar bagi membuang sifat liar semulajadi mereka bagi menjadikan mereka lebih jinak. Mainan juga penting bagi menghilangkan stress burung didalam kurungan dan menjadikan mereka aktif dan sihat. Alhamdullilah parrot saya amat meminanti loceng dan mainan terutama Indian Ring Neck saya si Moly dan Poly. Mainan ini banyak menceriakan mereka dan mengelakkan mereka daripada sindrom kemurungan.
Bagi mengelakkan terlalu banyak cahaya masuk kedalam Aviary, saya lapiskan syilling rumah pada bahagian tepi Aviary. Aviary saya boleh dikatakan 50% terbuka dan 50% lagi tertutup. Aviary ini saya muatkan dengan satu bahagian untuk Indian Ring Neck, satu bahagian untuk Love Bird dan satu bahgian lain untuk Cockcetail.
Ini pula Cage untuk Sun Conure saya, Nini dan Nicky. Cage ini berukuran 6kaki x 3kaki 3 x 3.5 kaki dan dibahagikan kepada 2 bahagian. Setakat ini hanya satu bahagian sahaja digunakan dan satu bahagian lagi kosong dan hanya digunakan sesekali untuk Nick (Red Lory) jika kami pulang bercuti dikampung. Insyallah bahagian yang kosong itu kelak akan ada penghuninya, jenis apa yang bakal menghuni bahagian itu kita tunggu dan lihat...Insyaallah. Material yang digunakan adalah besi 1 inci x 1 inci, kawat tahan karat mata berukuran 0.5 inci. Atap cage ini boleh dipisahkan daripada cage. Aviary ini dibina oleh adik saya yang mahir dalam tukangan logam ini. Sebenarnya cage ini belum lagi siap sepenuhnya yang mana kaki atau stand bagi cage ini belum lagi dibina dan Insyaallah akan saya bini secepat mungkin di lokasi yang bersesuaian.
Ini pula breeding cage bagi Red Lory saya, breeding cage ini pula berukuran 3.5 kaki x 3.5 kaki x 5 kaki. Cage ini cukup selesa untuk sepasang Red Lory saya yang masih lagi dalam proses untuk "bonding pair". Di dalamnya diletakkan mainan dan dahan pokok bagi keselesaan mereka.
Ini pula adalah cage yang saya gunakan untuk breed Love Bird saya, Cage ini hanya diletakan setiap pasangan induk Love Bird saya. Saiznya 3.5 kaki amat selesa untuk mereka. Saya hanya letakkan satu stand kayu hutan sahaja dalam setiap cage bagi mengelakkan cage menjadi sesak dan serabut. Alhamdullilah dengan saiz cage ini pasangan induk Love Bird saya bisa lagi boleh terbang dengan selesa cuma saya pastikan nestbox yang diletakkan didalam cage ini hanya berukuran 12 inci panjang x 6 inci x 6 inci tinggi.
Insyaallah dalam perancangan saya akan tambahkan lagi Aviary di kampung bagi menampung jumlah parrot yang akan saya miliki suatu masa nanti. Dalam perancangan mungkin saya akan membeli 3 pasang spesis Lory iaitu, Black Lory, Brown Lory dan Dusky Lory untuk di biakkan.
No comments:
Post a Comment