Alhamdullilah akhirnya dapat juga lahirkan Blog yang diberi nama
"My Birds Region". Blog yang akan aku gunakan untuk menceritakan tentang hobi aku terhadap burung terutama spesis parrot dan lorikeet. Insyaallah, akan aku gunakan ruangan Blog
"My Birds Region" ini sebaik mungkin untuk meluahkan apa sahaja yang aku rasakan perlu dan ingin ditulis.
Minat terhadap burung ini adalah sejak dibangku sekolah rendah lagi. Aku bukan sahaja menyukai burung malah aku juga menyukai haiwan-haiwan peliharaan lain. Burung pertama yang akau pelihara ialah burung gembala kerbau, maklumlah budak kampung seperti aku apa lagi jenis burung yang mudah diperolehi dan dibela dan yang paling penting
"free" jer hhehehehee... Tak payah keluar duit untuk memperolehi anak burung gembala kerbau, cukup hanya panjat pokok kelapa dan cari dalam lubang tanah pasti akan dapat anak gembala kerbau.
Masa aku besar sedikit iaitu dah masuk sekolah menengah aku berminat pula memmelihara burung merpati. Burung merpati pertama yang aku bela ialah
America Fantail yang aku beli RM45 (kalau tak silap) pada masa itu, habis duit biasiswa aku belanja untuk memiliki burung merpati jenis ini. Pada masa tu aku bangga dengan diri sendiri beb sebab mampu bela
America Fantail walaupun waktu itu tak ada sorang pun member-member aku yang bela burung merpati ni... Apa kisah, dah minat pada merpati tak kan nak tunggu orang lain minat baru aku nak ada minat, janji aku puas berangan sorang-sorang hehhehehee.
Masa akau Tingkatan 2, abang ipar aku berikan seekor murai batu yang rupa parasnya sangatlah azab...kalau sekarang ni aku beri kat peminat-peminat murai batu aku yakin sorang pun tak akan mahu terima burung itu walaupun aku kasi "
free". Tak apalah, azab pun azab lah janji aku bela dengan penuh kasih sayang... bela lama juga dan burung aku ni selalu jadi mangsa abang ipar aku untuk dibuat denak walaupun haram dia nak bersiul kat dalam hutan tu... Jadikan denak sebagai syarat semata-mata tetapi taruk kaset kat bawah sangkar, lagilah azab burung murai batu aku tu.... Tak apa azab pun azablah... aku bina cage satu untuk murai batu aku ni, buat ala kadar tapi yang penting ala-ala mini garden gitu, siap ada kolam dan batu-batuan lagi dalam cage yang panjang dalam 4 kaki panjang x 2 kaki lebar x 2.5 kaki tinggi. Bela dalam 2 3 bulan dalam cage tu, murai batu aku dan mula meluruh (saling bulu), mula-mula cuak juga sebab kenapa bulu burung aku dah tak ada dan paus aku duk bertanya abang ipar aku dan pak cik aku kenapa burung aku jadi macam tu. Lepas dia oarang terangkan barulah aku faham. 3 bulan kemudian murai aku dah jadi cantik, ekor baru dia dalam 7 inci jer dan yang penting dah makin galak bersiul. Dah murai batu aku habis bersalin bulu, aku pun test lah masuk kan dia dalam sangkar dan aku pun sangkutlah atas pokok mangga.... terkejut aku bila sangkut jer atas pokok mangga murai batu aku galak bersiul, senyum sampai ke telinga aku masa tu. Sejak dari hari tu, murai batu ini dah boleh dijadikan denak dan memang riuhlah rumah aku terutama waktu pagi dia bersiul. Minat memelihara merpati ni aku lupakan seketika bila aku diterima masuk ke UiTM Shah Alam, dan minat memelihara murai batu ni mati setelah 2 ekor murai batu kesayangan aku mati dan terlepas.
Aku minat parrot dan lorikeet ni pula pada tahun 2008... waktu tu abang ipar aku bawa aku jalan-jalan rumah kawan dia yang aku panggil
Abang Joe. Terpegun aku melihat banyak nya burung-burung di rumah Abang Joe terutama spesis parrot dan lorikeet ni. Pada masa tu minat terhadap parrot dan lorikeet dan timbul tetapi kekangan waktu dan tempat nak memelihara burung nie yang membuatkan aku melupakan hasrat untuk memelihara burung parrot dan lorikeet buat masa itu walaupun
Abang Joe dengan bersungguh-sungguh suruh aku bela burung parrot dan lorikeet ni, tapi aku tak ready lagi pada masa itu.
Moly
Poly
Aku mula memelihara spesis parrot ni adalah pada tahun 2011, masa tu selepas raya Aidilfitri... mula-mula aku carikan burung budgies untuk kawan aku, gigih merata aku mencari untuk kawan aku yang sendu tu, gatal nak bela burung tapi nak cari burung tak tahu. Aku perolehi sepasang budgies lutino untuk kawan aku dan aku mula jatuh hati bila kawan aku bawa aku ke rumah seorang breeder parrot nie di Kampung Pulau Serai, masa tu aku tertarik dengan
Indian Ring Neck Parakeet lutino dan albino yang breeder itu ada... aku pun apa lagi terus tanya harga dan keesokannya terus aku beli. Dari sepasang
Indian Ring Neck itulah menyebabkan aku mula minat dan ingin memelihara spesis parrot dan lorikeet ni...
India Ring Neck tu satu aku beri nama
Moly (albino) Poly (lutino). Best bela burung nie, boleh jadi terapi minda untuk aku hehhehee... Mak dan adik aku pun sama naik minat terhadap spesis parrot dan lorikeet nie.... oklah lain kali aku tulis lagi, cukuplah buat permulaan.... Wassalam.....