Wednesday 28 November 2012

My Rainbow...

Assalamualaikum.... Rainbow adalah adalah my 1st parrot daripada spesis lorikeet atau dalam bahasa Melayu nya dipanggil Nuri Berkicau. Spesis ini banyak didapati dan hanya dijumpai di habitat asalnya di Australia, Eastern Indonesia, Papua New Guinea, New Caledonia, Solomon Islands and Vanuatu. Nama siantifiknya pula adalah Trichoglossus haematodus. Spesis lorikeet ini memang menjadi idaman saya sejak saya melihatnya di rumah Abang Joe di Dungun Terengganu dan sejak itu saya berangan-angan untuk memiliki spesis ini sebagai salah satu koleksi saya. Alhamdullilah pada Disember 2011 saya berjaya memperolehi seekor anak handfeed rainbow lorikeet dari seorang breeder di Pulau Pinang dengan harga RM1250 (termasuk AP CITES). Pati ada orang tanya apa itu AP CITES. CITES membawa maksud (the Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora) is an international agreement between governments. Its aim is to ensure that international trade in specimens of wild animals and plants does not threaten their survival. Untuk memelihara spesis lorikeet kita memerlukan premit daripada Jabatan Perhilitan yang mana hanya breder-breeder dan penjual yang mempunyai permit kebenaran sahaja yang boleh menjalankan urusan import eksport spesis terlindung ini menjadi satu kesalahan bagi sesiapa atau individu menyimpan spesis lorikket ini tanpa permit yang sah daripada Jabatan Perhilitan Malaysia. Ok kita lupakan pada premit semua itu sebab Blog Birds Region ni bukan blog Perhilitan nak aku huraikan panjang lebar kan?. Bagi mereka yang nak tahu tentang CITES korang bolehlah layari laman sesawang mereka di http://www.cites.org/eng/disc/what.php . Aku namakan si comel ini dengan nama Rainbow...sesuai sangat dengan warna bulu dia yang berwarna warni dan berkilat cantik. Waktu sampai ke tangan aku umurnya dalam lingkungan 2 bulan lebih dan masih lagi perlu di suap seperti baby kerana tidak pandai makan sendiri. Anak burung ni tak macam anak ayam atau itik yang menetas jer terus pandai makan sendiri. Menjadi satu kerja pula lah aku tiap-tiap pagi kena bangun awal dan siapkan makanan Rainbow. Makanan spesis lorikeet ni special sikit, tak seperti parrot lain yang hanya cukup makan bijirin dan buahan-buahan sahaja, spesis lorikeet ni makanan dia berupa cecair seperti nektar bunga-bungan... tapi aku tak adalah kasi sejambak bunga setiap hari kat Rainbow suruh dia isap sendiri madu bunga-bungan tu hehheeeee... untuk diet Rainbow kau kasi fresh milk yang aku campurkan dengan madu dan pisang yang dilecek-lecek atau kadang-kadang aku blaber buah-buahan seperti anggur, mangga, prum dan buah-buahan lain bersama-sama dengan telur. Penyediaan diet Rainbow nampak macam susah tapi sebenarnya tak susah pun kalau dah memang minat dan sayang pada spesis lorikeet nie dan nama pun haiwan kesayangan kan? kalau malas baik korang belalah ayam kampung lagi mudah hehhheee... Sekali aku buat makanan Rainbow memang aku siap-siap buat untuk stok seminggu dua...kalau tiap-tiap hari jenuhlah aku.
Sayang sangat aku pada Rainbow ni sebab dia sangatlah active tak reti duduk diam n malam-malam dia tidur dalam selimut yang aku berikan pada dia. Rainbow ni memang pandai berinteraksi dengan aku, dia sangat suka kalau aku geletek dia dan dia juga cukup suka dengan objek yang berbunyi seperti loceng dan bola.... kesana kemari dia akan golek kan bola dan loceng yang aku belikan pada dia. Kelebihan spesis lorikket ini ialah dia berkebolehan berkicau, tak seperti spesis parrot lain yang hanya berbunyi kuat dan kadang-kadang merimaskan, spesis lorikeet ni memang merdu kalau dia berkicau. Kicauan lorikeet seperti murai batu dan spesis-spesis burung kicau yang lain dan tak hairanlah kalau di Indonesia burung ini diberi nama burung Nuri Berkicau. Kicauannya lorikeet banyak dipengaruhii dengan bunyi kicauan burung disekeliling nya. Kadang-kadang sengaja aku pasang video kicauan burung murai batu untuk ditiru oleh Rainbow dan hasilnya tak mengecewakan malah lagi kuat dan lagi banyak lagu yang berjaya ditiru oleh Rainbow. Rainbow pernah accident dengan aku apabila kereta yang kami naiki kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur pada bulan Disember tahun lepas. Mujurlah kami tidak mengalami kecederaan teruk. Waktu tu Rainbow aku letak kan dalam beg khas yang akan aku letak kan dia kemana sahaja kami pergi. Alhamdullilah mujurlah beg pakaian aku tak menimpa beg yang mana Rainbow aku letakkan.
Rainbow pernah terbang pergi sewaktu aku bawanya balik kampung, masa itu aku tak potong lagi bulu pelepah sayapnya sebab sayang rasanya nak potong bulu pelepah dia. Masa dia terbang pergi tu adalah pada waktu pagi musim banjir di rumah mak aku di Dungun, cuak giler masa tu sebab dia terbang terus tak toleh dah ke belakang lagi.... Puas aku mencarinya dan puas aku memanggilnya lansung tidak menyahut. Waktu itu aku dah pasrah dan memang aku dah redha yang aku akan kehilangan Rainbow buat selama-lamanya. Dari pagi sampailah petang puas aku mencarinya dikawasan sekitar rumah aku tapi Alhamdullilah akhirnya Rainbow dijumpai duduk diatas anak pokok getah di sebelah tanah mak aku, mujurlah anak pokok getah tu tak tinggi kalaulah kena pokok getah yang dah tua mahu menangis aku nak ambilnya. Mujurlah adik aku panjat dan ambil Rainbow di atas pokok getah tu kalau tak nampaknya menangislah aku. Terus bawa balik rumah dan terus aku taruk Rainbow dalam sangkar. Balik Kuala Lumpur terus aku potong bulu pelepah sayap Ranbow sebagai upah terbang lari. Memelihara spesis lorikeet ni kena sabar...sabar sebab diet dia tak seperti spesis parrot lain dan dia pun jenis berak pancut, makan bersepah dan perlukan perhatian yang lebih...tapi percayalah spesis lorikeet adalah spesis yang paling best untuk dijadikan kawan kerana sifatnya yang active dan pandai berinteraksi dengan semua orang... Kalau korang berkira dengan kos diet spesis ini baik kamu lupakan sahaja untuk memelihara spesis ini kerana akan menjadi satu bebanan buat korang... Tak semestinya orang yang boleh memelihara spesis parrot lain boleh dan tahan memeilihara spesis lorikeet ini...tapi bagi aku spesis lorikeet adalah TERBAIK. Oklah penat dah aku menulis...lain kali aku tulis lagi tentang yang lain pula....

Tuesday 27 November 2012

Double Dark Pastel Mauve Personatus Fischery

Alhamdullilah akhirnya berjaya juga aku memiliki mutasi yang agak jarang diperolehi di Malaysia ini iaitu mutasi Double Dark Pastel Mauve Personatus Fischery.Saya perolehi mutasi ini melaui seorang breeder dari Pulau Pinang. Pertama kali melihat mutasi ini saya terus jatuh cinta dan tanpa banyak fikir terus membelinya sebagai koleksi istimewa. Istimewanya mutasi ini ialah warnanya yang adak gelap berbanding yang biasa ditemui yang mana agak cerah warna Pastel nya. Jika diperhatikan warna dada mutasi ini secara "live" adalah berwarna silver. Waktu sampai ditangan saya, usia burung ini adalah dalam lingkungan 3-4 bulan.
Alhamdullaih setakat hari ini, pasangan ini dah berusia 7 bulan. Tak sabar tunggu mereka bersalin bulu dewasa sebab bulu anak masih kelihatan tidak cantik dan kemas. Badan mutasi ini agak besar berbanding yang lain-lain dan Alhamdullilah sihat waalafiat :)setakat ini.
Harap pasangan ini akan menjadi induk yang subur pada akan datang dan menjadi salah satu induk yang terbaik dalam simpanan My Birds Region....

My First baby Blue Fischery Agarponis

Alhamdullilah akhirnya dengan rezeki dari Allah akhirnya induk Blue Fischery Agarponis aku akhirnya telah bertelur buat pertama kalinya setelah berada di dalam koleksi aku sebanyak 5 biji. Dan syukur pada Nya akhirnya 3 daripada 5 biji telur yang di eram oleh induk tersebut berjaya menetas. Walau bagaimanapun seekor daripadanya telah mati kerana tidak tahu apa sebabnya.
2 weeks old Dua ekor berjaya aku selamatkan dengan mengambil daripada jagaan induk tersebut dan terpaksalah aku "handfeed" dan Alhamdullilah mereka membesar dengan sihat. Anak Blue Fischer ini aku telah dijual kepada sepupu aku dengan harga RM550 sepasang...Alhamdullilah rezeki :)
Ketika berusia hampir 2 bulan...bersama Doudle Dark Pastel Mauve Personatus (3 Months old)

Sunday 25 November 2012

First pair Agarponis Lutino Fischery




Jika Moly dan Poly adalah pair  parrot saya yang pertama dari jenis Indian Ring Neck Parakeet, ini pula adalah pair Love Bird Lutino saya yang pertama sekali dalam minat mengumpul LB . Saya beli pair ini sewaktu usia dia dalam 4 bulan dengan harga RM600 (no nego price kata tuan breeder tersebut). Banyak kenangan saya dengan pair ini yang saya panggil "Honey Bee". Masa mula2 minat bela parrot dan mini parrot ni saya sendirian tak kenal sesiapa pun, cari sendiri dan beranikan diri untuk cuba bela dan cari breeder-breeder sekitar Dungun dan Terengganu. Saya beli dari seorang breeder lama di Dungun, walaupun mahal saya tetap beli sebab minat pada seni kecantikan burung LB Lutino ini terutama keunikan pada matanya yang berwarna merah. Bermula dari pair inilah saya mula kumpul sikit demi sikit baka LB saya sehinggalah sekarang. 

Bela LB ni tak semudah membela budgies dan cockteil (dua lagi spesis mini parrot yang biasa dibela), LB ni mempunyai attitude tersendiri dan ramai saya perhatikan tak bertahan lama dalam minat terhadap LB berbanding budgies dan cockteil. Makin rare baka LB makin payahlah LB tersebut nak membiak. Biasanya induk yang pertama kali bertelur biasanya akan gagal menetaskan walaupun seekor anak dan saya sendiri telah mengalaminya apabila 3 pair LB Lutino saya hingga sekarang masih lagi memberikan anak walaupun induk telah dijaga rapi dan sihat. Biasanya induk LB terutama jenis Masked (Agarponis personatus) dan Fischer (Agarponis Fischery) akan mula menunjuk kan hasil yang positive pada telur yang kali ke-5 keatas atau lagi matang pair tersebut maka akan makin cerahlah hasil positive. Tapi ada juga mereka yang mana memperolehi hasil daripada hasil telur yang pertama tapi kebarangkaliannya adalah rendah.

Ada seorang breeder di tempat saya mengambil masa 2 tahun barulah mendapat hasil daripada induk yang dibreed dan dalam masa itu beliau hampir give up. Hasil usaha selama 2 tahun akhirnya berhasil dan memberi pulangan yang lumayan, ingat lagi sewaktu saya datang ziarahi beliau beliau baru sahaja memperolehi $2K dengan hanya menjual 4 pairs anak muda LB kepada pembeli dr Terengganu dan menurut beliau boleh dikatakan setiap bulan dia boleh mendapat pedapatan sampingan lebih $1K sebulan hasil jual anak-anak LB. Nah! terbukti yang minat memelihara LB ni boleh memberi pulangan lumayan jika kita berjaya breed mereka dengan jayanya. Tak ramai yang tahu berapa pendapat sebenar seorang breeder LB malah budgies dan cockteil yang berjaya setiap bulan, jangan terkejut jika pendapatan mereka kadang-kadang boleh mengatasi gaji seorang pegawai kerajaan Gred 41. Tapi untuk berjaya bukan mudah, mereka yang berjaya rata-rata adalah mereka yang berani mengambil risiko, berani membeli baka-baka yang bagus dengan harga yang mahal, selective dalam memilih mutasi burung, selective memilih pembeli, tak kedekut duit belanja makanan burung (bukan sekadar kasi skoi semata-mata), kuat semangat dan tak suka menipu pembeli. Saya suka dengan seorang breeder ini yang selalu pesan kepada saya, "Kita breed burung biar ada class, jaga harga standard kita orang nak atau tidak tak perlu risau sebab hanya orang yang pandai menilai burung sahaja akan beli burung pada harga yang ada class, biar burung mati di sangkar jangan burung mati ditangan orang yang tak tahu nilai burung, orang tak akan hargai burung yang murah tapi orang akan tatang burung bila dia tahu harga burung itu mahal"... Dengar pada apa yang di kata memang nampak macam sombong tapi ia akan jadi sombong bila dibaca oleh orang yang tak tahu menilai kualiti burung. Bila kualiti ada Insyaallah pembeli akan datang memcari kita dan tak perlu kita memcari pembeli :) .

Alhamdullialh makin lama saya dalam hobi ini makin ramai saya kenal breeder-breeder yang bagus seperti Abg Joe DungunBahar Hassan,Austine Nicole Mat. Abang Joe Dungun paling banyak ajar saya pasal breed burung ni dan standard harga burung semasa. Bak kata orang makin jauh kita berjalan maka makin luas lah pandangan mata kita melihat sekeliling dan permainan dalam hobi ini. Jangan mudah give up dan jangan mudah mengeluh, "Biar burung mati jangan semangat mati" ini adalah kata-kata azimat dari Quek Mshiang yang pernah kata kepada saya sewaktu saya post cerita tentang seekor LB Lutino saya mati pada awal tahun ini. Kata-kata yang ringkas tapi bagi saya dalam maksudnya.

Yang hidup pasti akan mati bila tiba masanya, pair Honey Bee ini telah mati pada pertengahan tahun ini. Inilah dugaan yang perlu dihadapi oleh setiap peminat apa jenis haiwan kesayangan. Sebaik dan sebagus manapun haiwan kesayangan dijaga tapi mati hidup mereka bukan kita yang tentukan.... terasa sangat kehilangan pasangan ini kerana bermula dari merekalah saya menjadi peminat spesis comel Agarponis ini. Semangat tetap kuat walaupun koleksi Agarponis saya datang dan pergi.... burung akan datang dan pergi tapi semangat dan minat  tak boleh dibiarkan mati.

My Birds Region

Alhamdullilah akhirnya dapat juga lahirkan Blog  yang diberi nama "My Birds Region". Blog yang akan aku gunakan untuk menceritakan tentang hobi aku terhadap burung terutama spesis parrot dan lorikeet. Insyaallah, akan aku gunakan ruangan Blog "My Birds Region" ini sebaik mungkin untuk meluahkan apa sahaja yang aku rasakan perlu dan ingin ditulis.

Minat terhadap burung ini adalah sejak dibangku sekolah rendah lagi. Aku bukan sahaja menyukai burung malah aku juga menyukai haiwan-haiwan peliharaan lain. Burung pertama yang akau pelihara ialah burung gembala kerbau, maklumlah budak kampung seperti aku apa lagi jenis burung yang mudah diperolehi dan dibela dan yang paling penting "free" jer hhehehehee... Tak payah keluar duit untuk memperolehi anak burung gembala kerbau, cukup hanya panjat pokok kelapa dan cari dalam lubang tanah pasti akan dapat anak gembala kerbau.

Masa aku besar sedikit iaitu dah masuk sekolah menengah aku berminat pula memmelihara burung merpati. Burung merpati pertama yang aku bela ialah America Fantail yang aku beli RM45 (kalau tak silap) pada masa itu, habis duit biasiswa aku belanja untuk memiliki burung merpati jenis ini. Pada masa tu aku bangga dengan diri sendiri beb sebab mampu bela America Fantail walaupun waktu itu tak ada sorang pun member-member aku yang bela burung merpati ni... Apa kisah, dah minat pada merpati tak kan nak tunggu orang lain minat baru aku nak ada minat, janji aku puas berangan sorang-sorang hehhehehee.

Masa akau Tingkatan 2, abang ipar aku berikan seekor murai batu yang rupa parasnya sangatlah azab...kalau sekarang ni aku beri kat peminat-peminat murai batu aku yakin sorang pun tak akan mahu terima burung itu walaupun aku kasi "free". Tak apalah, azab pun azab lah janji aku bela dengan penuh kasih sayang... bela lama juga dan burung aku ni selalu jadi mangsa abang ipar aku untuk dibuat denak walaupun haram dia nak bersiul kat dalam hutan tu... Jadikan denak sebagai syarat semata-mata tetapi taruk kaset kat bawah sangkar, lagilah azab burung murai batu aku tu.... Tak apa azab pun azablah... aku bina cage satu untuk murai batu aku ni, buat ala kadar tapi yang penting ala-ala mini garden gitu, siap ada kolam dan batu-batuan lagi dalam cage yang panjang dalam 4 kaki panjang x 2 kaki lebar x 2.5 kaki tinggi. Bela dalam 2 3 bulan dalam cage tu, murai batu aku dan mula meluruh (saling bulu), mula-mula cuak juga sebab kenapa bulu burung aku dah tak ada dan paus aku duk bertanya abang ipar aku dan pak cik aku kenapa burung aku jadi macam tu. Lepas dia oarang terangkan barulah aku faham. 3 bulan kemudian murai aku dah jadi cantik, ekor baru dia dalam 7 inci jer dan yang penting dah makin galak bersiul. Dah murai batu aku  habis bersalin bulu, aku pun test lah masuk kan dia dalam sangkar dan aku pun sangkutlah atas pokok mangga.... terkejut aku bila sangkut jer atas pokok mangga murai batu aku galak bersiul, senyum sampai ke telinga aku masa tu. Sejak dari hari tu, murai batu ini dah boleh dijadikan denak dan memang riuhlah rumah aku terutama waktu pagi dia bersiul. Minat memelihara merpati  ni aku lupakan seketika bila aku diterima masuk ke UiTM Shah Alam, dan minat memelihara murai batu ni mati setelah 2 ekor murai batu kesayangan aku mati dan terlepas.

Aku minat parrot dan lorikeet ni pula pada tahun 2008... waktu tu abang ipar aku bawa aku jalan-jalan rumah kawan dia yang aku panggil Abang Joe. Terpegun aku melihat banyak nya burung-burung di rumah Abang Joe terutama spesis parrot dan lorikeet ni. Pada masa tu minat terhadap parrot dan lorikeet dan timbul tetapi kekangan waktu dan tempat nak memelihara burung nie yang membuatkan aku melupakan hasrat untuk memelihara burung parrot dan lorikeet buat masa itu walaupun Abang Joe dengan bersungguh-sungguh suruh aku bela burung parrot dan lorikeet ni, tapi aku tak ready lagi pada masa itu.

 Moly
 Poly


Aku mula memelihara spesis parrot ni adalah pada tahun 2011, masa tu selepas raya Aidilfitri... mula-mula aku carikan burung budgies untuk kawan aku, gigih merata aku mencari untuk kawan aku yang sendu tu, gatal nak bela burung tapi nak cari burung tak tahu. Aku perolehi sepasang budgies lutino untuk kawan aku dan aku mula jatuh hati bila kawan aku bawa aku ke rumah seorang breeder parrot nie di Kampung Pulau Serai, masa tu aku tertarik dengan  Indian Ring Neck Parakeet lutino dan albino yang breeder itu ada... aku pun apa lagi terus tanya harga dan keesokannya terus aku beli. Dari sepasang Indian Ring Neck itulah menyebabkan aku mula minat dan ingin memelihara spesis parrot dan lorikeet ni... India Ring Neck tu satu aku beri nama Moly (albino) Poly (lutino). Best bela burung nie, boleh jadi terapi minda untuk aku hehhehee... Mak dan adik aku pun sama naik minat terhadap spesis parrot dan lorikeet nie.... oklah lain kali aku tulis lagi, cukuplah buat permulaan.... Wassalam.....