Wednesday 30 January 2013

Si Puteh


Hari ini aku nak ceritakan sedikit pasal Si Puteh. Puteh aku beli daripada sahabat aku Azril Mat Saman ketika usianya lebih kurang 6 bulan lebih. Puteh adalah mutasi Fischery yang mana kedua-dua induknya ialah  Double Yellow Factors Fischery. Nama Puteh aku berikan sepena warnanya yang putik melepak.

Sepertimana anak-anak hasil "handfeed" sifat Puteh adalah manja dan mempunyai attitude tersendiri, suka menggigit dan attention seeker. Puteh pernah terlepas daripada sangkarnya ketika aku membersihkan sangkarnya  dan Alhamdullilah Puteh tidak melarikan diri dan sempat aku tangkapnya kembali. Dulu Puteh tinggal bersama dengan aku di Kuala Lumpur sekejap sebelum aku bawa pulang ke Dungun untuk di breed. Memandangkan aku ketiadaan jantan Fischery yang available maka Puteh tidak mempunyai pasangannya sepertimana Lovebird aku yang lain. Mungkin kerana terlalu sihat dan kadar kesuburan yang tinggi, Puteh pernah bertelur 5 biji pada Disember tahun lepas dan baru-baru ini Puteh bertelur lagi sebanyak 2 biji tanpa pasangan jantan .

Kini Puteh tidak lagi totally berbulu putih kerana warna-warna pastel telah mula keluar setelah molting buat kali pertama pada awal Disember tahun lepas. Dari hari ke hari sewaktu molting, bulu-bulu pastelnya makin kelihatan dan jika sesekali dilihat Puteh boleh dikategorikan dengan mutasi Pied. Tak menjadi masalah bagi aku dengan perubahan ini yang penting Puteh makin cantik dengan bulu barunya dan warnanya jika delihat secara live amat gebu dan sesekali seperti warna Ivory. Puteh makin besar dan makin solib dan yang paling penting makin sihat dan active. Sifat manja anak handfeed masih lagi ada didalam diri Puteh walaupun dah hampir setengah tahun Puteh dilepaskan bersama-sama dengan Lovebird lain didalam nursery aviary yang aku khaskan hanya untuk anak-anak muda lovebird yang hasil dari aku breed sendiri. 


PUTEH
LAVENDER

 Alhamdullilah seorang sahabat aku Zuar Yusof menghadiahkan aku seekor jantan Pied Blue Series Fischery untuk dipasangkan dengan Puteh. Kondisi jantan ini amat bagus pada pandangan kasar mata aku yang mana jantan ini mempunyai bulu yang bersih, mata bersinar, active dan tubuh yang menarik sesuai untuk di breed dengan Puteh. Buat masa ini mereka masih lagi dalam prose untuk bonding dan seterusnya menjadi proven pair (hopefully). Harap dalam masa dua bulan akan datang Puteh dan jantan yang aku namakan Lavender ini akan dapat membiak dan menjadi pasangan induk yang baik dalam Aviary Birds Region aku. Rasa tak sabar untuk menanti apakah mutasi warna generasi Puteh dan Lavender kelak :) .

Monday 28 January 2013

Anak Homebreed Penghujung 2012


Alhamdullilah Syukur kepada Allah Taala dengan rezekinya pada penghujung tahun 2013 dengan menguniakan 8 ekor anak Love Bird yang hasil di breed sendiri walaupun 2 daripadanya seekor Lutino Fischery, seekor Blue Fischery telah mati.


Mereka di ambil untuk di handfeed sejak berusia 2 minggu dan ada yang semuda usia seminggu lagi kerana terpaksa memandangkan musim tengkujuh yang menyebabkan banjir yang menenggelamkan aviary induk mereka. Alhamdullilah dengan penjagaan yang rapi akhirnya 6 ekor iaitu 3 ekor Black-Cheeked Agarponis dan 3 ekor Blue Fischery Agarponis dapat membesar sampai hari ni. Kalau pada mulanya kesemua mereka tidak berbulu dan botak tapi hari ini mereka semuanya dan mempunyai bulu pahat yang sihat dan cantik.


Tiada nilai dan kata-kata bila dikurniakan anak-anak Love Bird yang sihat waalafiat didepan mata, siang malam disuap makanan formula Kaytee kepada mereka akhirnya berbalas dengan melihat mereka membesar cergas. Seekor daripada anak Blue Fischery saya mengalami kecacatan kaki dimana kakinya tidak dapat berfungsi sepertimana Love Bird normal lain. Walaupun cacat dia cergas dan sihat, saya akan simpan dia sebaik mungkin tanpa ada rasa pilih kasih sampai keakhir hayat dia.


Walaupun ramai yang berminat untuk membeli anak-anak ini tetapi saya terpaksa tolak kerana mereka semua adalah untuk simpanan saya buat masa ini. Mereka akan dijadikan pelapis pada generasi akan datang. Mungkin saya akan lepaskan mereka jika ada yang berminat untuk tukar sama suka dengan mutasi yang saya masih lagi tiada dalam koleksi, tapi untuk menjual mereka mungkin tidak buat masa ini.

Alhamdullilah ke dua-dua induk anak-anak ini sekarang tengah mengeram untuk batch seterusnya. Dalam koleksi 3 induk lagi iaitu satu induk Blue Fischery, satu induk Olive Fischery dan satu induk , Olive Fischery + Double Yellow Factor Fischery akan bertelur tidak lama lagi dan mungkin akan diikuti dengan 2 lagi pair yang berada didalam koleksi saya.

Semoga Love Bird saya sentiasa sihat dan dapat membiak dengan jayanya. Bagi yang telah BOOKING anak Love Bird saya diharapkan bersabar kerana nama -nama anda tersimpan dalam waiting list saya dengan eloknya.

Sunday 20 January 2013

Thursday 17 January 2013

Perkara Asas Perlu Anda tahu Dalam Membiak Lovebird

Sebagai seorang pembiak baka terutama bagi mereka yang baru cuba berjinak-jinak dengan membiak Love Bird yang bermutu bukanlah perkara yang boleh dikatakan mudah. Ini kerana, membiak baka Love Bird yang bermutu memerlukan kesabaran serta ilmu tentang tabiat, kehendak Love Bird ketika proses membiak, pemilihan baka dan yang penting sekali ialah waktu yang paling sesuai untuk melakukan proses ini. Ramai yang berputus asa dengan usaha untuk membiakkan Love Bird oleh kerana hasil yang diharapkan tidak tercapai. Kegagalan mungkin kerana kurangnya ilmu tentang perkara ini dan teknik yang digunakan adalah tidak bersesuaian.

Sebagai seorang peminat Love Bird dan pembiak baka Love Bird yang baru, suka untuk saya berkongsi ilmu bersama tentang perkara-perkara asas yang penting dalam proses membiak baka Love Bird. Perkongsian ilmu ini adalah hasil daripada pengalaman saya sendiri dan dari pembacaan saya daripada buku-buku dan laman-laman web di Internet. Disini saya akan kongsikan bersama-sama dengan anda tentang perkara-perkara asas yang perlu kita tahu dalam proses membiak baka Love Bird.


KESIHATAN

Untuk berjaya dalam membiak baka Love Bird, anada perlulah memastikan Love Bird yang dipilih untuk dibiakkan dalam kaadaan kondisi yang sihat, normal dan berusia anatar satu tahun hingga 5 tahun. Burung yang tidak sihat, tidak normal dan berusia terlalu muda atau terlalu tua tidak akan membiak dengan jayanya dan merugikan masa dan kos anda.

KOTAK SARANG / NEST BOX

Seperti sedia maklum, Love Bird memerlukan kotak sarang atau nest box untuk bertelur. saiz kotak yang bersesuai untuk Love Bird adalah 12"x12"x12" , nest box tidak perlu terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil memandangkan saiz Love Bird yang bersaiz antara 3 hingga 4 inci sahaja. Bahan-bahan seperti rumput, ranting halus, hampas tongkol jagung, habuk kayu hamster (bedding) dan lain-lain bahan yang bersesuaian harus disediakan. Bahan-bahan ini akan digunakan oleh induk Love Bird untuk membina sarang didalam nest box yang disediakan dan ia juga penting bagi merangsang naluri induk Love Bird untuk membiak dan juga merupakan bahan yang penting bagi mengawal suhu yang diperlukan oleh induk Love Bird dalam proses pengeraman telur.

NUTRISI YANG DIPERLUKAN

Love Bird merupakan burung yang memerlukan diet yang pelbagai. Diet Love Bird yang perlu disediakan mestilah terdiri daripada pelbagai bijirin seperti skoi/millet, canary seed, gandum, barli, kacang hijau (sebaiknya direndam semalaman untuk melembutkannya) dan bijirin lain yang disukai oleh mereka bagi membekalkan keperluan protein dan kabohidrat . Buah-buahan segar dan sayuran seperti saderi, lobak merah, kobis, mix-vegis juga harus disediakan bagi menampung keperluan vitamin mereka. Kalsium yang berbentuk blok dan tulang sotong juga perlu disediakan bagi membekalkan keperluan kalsium terutama pada induk betina yang sedang bertelur dan yang telah selesai bertelur bagi proses recovery .

BERTELUR

Induk betina Love Bird biasanya akan mula bertelur pada hari ke-5 hingga hari ke-12 selepas mengawan. Biasanya induk betina akan bertelur selang satu hari bagi setiap telur. Induk Love Bird biasanya akan bertelur dalam 3 hingga 7 biji dan mula mengeram pada hari telur pertama dihasilkan.

MASA MENGERAM

Kebiasaannya induk betina Love Bird akan mengeram selama 23 hari dan hanya induk betina sahaja yang akan mengeram, tetapi ada sesetengah kes kedua-dua induk akan bergilir-gilir mengeram. Pengiraan tempoh pengeraman adalah pada hari telur pertama dihasilkan. Kelembapan dan kekeringan didalam sarang memainkan peranan yang penting bagi memastika telur yang dihasilkan dapat menghasilkan pertumbuhan embrio anak Love Bird yang sihat.

MENETAS DAN PENJAGAAN

Dalam banyak kes dan kebiasaanya telur Love Bird yang dieram tidak akan menetas serentak pada hari yang sama kesemua telur (berbenih). Biasanya anak yang ditetaskan adalah pada hari yang berlainan dan dalam banyak kes, beza usia anak pertama yang ditetaskan dengan anak yang paling akhir boleh menjangkau 7 hari atau lebih. Jangan terburu-buru mengasingkan telur yang berbenih daripada induk jika usia anak pertama telah berusia seminggu lebih kerana dikuatiri telur yang diasingkan itu belum cukup tempoh untuk menetas. Telur yang tidak mendapat suhu kepanasan yang mengcukupi akan mengakibatkan anak didalam mati kesejukan.

Dalam masa ini, induk memerlukan nutrisi yang banyak bagi menampung keperluan anak yang akan disuap. Induk jantan dan betina akan bergilir-gilir menyuap anak-anak mereka sehingga berusia 2 bualn pada kebiasaannya. Menjadi kemestian bagi kita mengediakan diet yang kaya dengan protein, kabohidrat dan vitamin kepada induk Love Bird pada waktu "feeding" ini. Kekurangan protein, kabohidrat dan vitamin dalam diet anak-anak Love Bird boleh menyebabkan kadar pembesaran mereka terbantut, masalah penghadaman, masalah usus dan juga boleh menyebabkan kematian kepada anak-anak Love Bird.

Kebiasaaannya roti putih dan jagung segar yang disapu dengan Kod Liver Oil (boleh didapati di petshop yang menjual barangan keperluan anjing dan kucing) diberikan kepada induk sewaktu proses "feeding" bagi membekalkan protein, kabohidrat dan vitamin-vitamin penting dalam proses pembesaran anak-anak Love Bird.

Tuesday 15 January 2013

Aviary anak-anak bersayap...

Menjadi tanggungjawab kita sebagai peminat burung menyediakan sangkar yang sesuai dan selesa untuk mereka semua. Alhamdullilah pada permulaan saya serius dengan hobi dan minat terhadap spesis medium dan small parrot ni saya telah berjaya membina sangkar atau Aviary yang saya rasa cukup seslesa untuk mereka.
sewaktu masih lagi dalam pembinaan

 Sewaktu hari pertama Aviary dimuatkan dengan koleksi parrot

Aviaray pertama saya bina adalah berukuran 12 kaki panjang, 5 kaki lebar, 8 kaki tinggi (hadapan) 6 kaki tinggi (belakang). Sangkar ini pula saya bahagikan menjadi 3 bahagian iaitu setiap satunya berukuran 4 kaki.


Material yang saya gunakan adalah kawat tahan karat yang berharga RM360 segulung yang mana matanya berukuran 0.5 inci. Saiz ini saya pilih adalah untuk mengelakkan Aviary saya dimasuki oleh tikus dan ular kecil. Kayu 2inci x 2inci saya gunakan untuk rangka dan kayu 2inci x 3inci digunakan sebagai strutur rangka utama untuk memastika Aviary saya kukuh dan kuat. 

Atap pula saya gunakan asbestos.  Asbestos dipilih kerana ciri-cirinya yang tahn lasak, tidak berkarat dan penebat haba dihari panas terutama ketika musim kemarau. Bahagian belakang Aviary saya lapiskan dengan aluminium bagi mengurangkan Aviary ini terlalu terdedah dari pandangan luar dan sebagai pelindung daripada hujan dan angin sejuk sebab seperti kita maklum spesis parrot ini alah pada cuaca sejuk terutama dimalam hari dan dimusim hujan.

Tapak asas aviary saya dikonkritkan sepenuhnya bagi mengelakkan tikus menceroboh dari dalam tanah dan bagi melindungi struktur asas daripada rosak. Didalam Aviary saya masukkan pasir sungai bagi kelihatan natural dan sebagai agen nyah-bau najis burung.



Oleh kerana sifat parrot ni suka dengan mainan, saya meletakan beberapa mainan seperti loceng untuk mereka. Mainan penting bagi burung yang agak liar bagi membuang sifat liar semulajadi mereka bagi menjadikan mereka lebih jinak. Mainan juga penting bagi menghilangkan stress burung didalam kurungan dan menjadikan mereka aktif dan sihat. Alhamdullilah parrot saya amat meminanti loceng dan mainan  terutama Indian Ring Neck saya si Moly dan Poly. Mainan ini banyak menceriakan mereka dan mengelakkan mereka daripada sindrom kemurungan.



Bagi mengelakkan terlalu banyak cahaya masuk kedalam Aviary, saya lapiskan syilling rumah pada bahagian tepi Aviary. Aviary saya boleh dikatakan 50% terbuka dan 50% lagi tertutup. Aviary ini saya muatkan dengan satu bahagian untuk Indian Ring Neck, satu bahagian untuk Love Bird dan satu bahgian lain untuk Cockcetail.



Ini pula Cage untuk Sun Conure saya, Nini dan Nicky. Cage ini berukuran 6kaki x 3kaki 3 x 3.5 kaki dan dibahagikan kepada 2 bahagian. Setakat ini hanya satu bahagian sahaja digunakan dan satu bahagian lagi kosong dan hanya digunakan sesekali untuk Nick (Red Lory) jika kami pulang bercuti dikampung. Insyallah bahagian yang kosong itu kelak akan ada penghuninya, jenis apa yang bakal menghuni bahagian itu kita tunggu dan lihat...Insyaallah. Material yang digunakan adalah besi 1 inci x 1 inci, kawat tahan karat mata berukuran 0.5 inci. Atap cage ini boleh dipisahkan daripada cage. Aviary ini dibina oleh adik saya yang mahir dalam tukangan logam ini. Sebenarnya cage ini belum lagi siap sepenuhnya yang mana kaki atau stand bagi cage ini belum lagi dibina dan Insyaallah akan saya bini secepat mungkin di lokasi yang bersesuaian.




Ini pula breeding cage bagi Red Lory saya, breeding cage ini pula berukuran 3.5 kaki x 3.5 kaki x 5 kaki. Cage ini cukup selesa untuk sepasang Red Lory saya yang masih lagi dalam proses untuk "bonding pair". Di dalamnya diletakkan mainan dan dahan pokok bagi keselesaan mereka.


Ini pula adalah cage yang saya gunakan untuk breed Love Bird saya, Cage ini hanya diletakan setiap pasangan induk Love Bird saya. Saiznya 3.5 kaki amat selesa untuk mereka. Saya hanya letakkan satu stand kayu hutan sahaja dalam setiap cage bagi mengelakkan cage menjadi sesak dan serabut. Alhamdullilah dengan saiz cage ini pasangan induk Love Bird saya bisa lagi boleh terbang dengan selesa cuma saya pastikan nestbox yang diletakkan didalam cage ini hanya berukuran 12 inci panjang x 6 inci x 6 inci tinggi.

Insyaallah dalam perancangan saya akan tambahkan lagi Aviary di kampung bagi menampung jumlah parrot yang akan saya miliki suatu masa nanti. Dalam perancangan mungkin saya akan membeli 3 pasang spesis Lory iaitu, Black Lory, Brown Lory dan Dusky Lory untuk di biakkan.

Sunday 13 January 2013

Lory idaman kalbu...


Semalam pergi ke SVK Pets Shop di Seremban untuk beli pasangan Nick, Red Lory setelah lama dah dia bersendirian Kebetulan semalam dapat results ujian DNA jantina Nick dan sah Nick adalah jantan so apa lagi keluarkan duit teruslah beli pasangan betina untuk Nick... Tergoda bila tengok spesis Lory yang pelbagai dekat kedai SVK tu. Yang paling aku idamkan adalah 3 spesis Lory ni iaitu Dusky Lory, Black Lory dan Brown Lory. Apa lagi ambil gambarlah untuk kenang-kenangan dan semangat untuk memiliki 3 spesis Lory ini akan datang Insyaallah.






BLACK LORY





BROWN LORY





DUSKY LORY

Sunday 6 January 2013

Penyakit yang biasa menyerang Love Bird dan burung-burung kesayangan kita..

DD Pastel Mauve Personatus

Seperti semua jenis burung, Love Bird juga akan menyembunyikan penyakit dan kemerosotan tahap kesihatan mereka. Ini adalah sifat semulajadi semua burung dan juga haiwan bagi mengelakkan mereka daripada dikesan oleh pemangsa seterusnya menjadi mangsa yang mudah bagi pemangsa. Love Bird akan dilihat betul-betul sakit apabila mereka telah berada didalam kaadaan yang kronik dan pada masa ini rawatan perlu diberikan dan Love Bird yang sakit harus dipisahkan secepat mungkin daripada kumpulan atau pasangannya bagi mengelakkan penyebaran penyakit terutama penyakit yang disebabkan oleh virus. Biasanya Love Bird yang telah dalam kaadaan kronik sukar untuk dirawat dan kebarangkalian untuk mati adalah tinggi. Masalah ini juga pernah dialami oleh saya sendiri.

Dengan pemerhatian setiap hari, anda pasti akan dapat melihat perubahan pada Love Bird anda. Anda pasti dapat menentukan perubahan dalam keaktifan mereka, susuk tubuh, selera dan sebagainya. Ini adalah penting bagi memastikan Love Bird anda sentiasa berada dalam pemantauan yang berterusan dan penyakit  yang mereka hidapi boleh dikesan dan dirawat pada peringkat awal daripada menjadi kronik. Dibawah ini saya senaraikan antara tanda-tanda Love Bird anda mempunyai masalah kesihatan, antara tanda-tandanya adalah;
  • Masalah pernafasan/pernafasan tidak normal atau tercungap-cungap (Respiratory Disease/Respiratory Distress)
  • Ekor sentisa bergerak dari atas dan ke bawah
  • Keluar lendir/hingus daripada mulut, hidung atau mata
  • Najis melekat pada buntut/ cirit birit
  • Bulu kembang dan tidak normal, bulu berdarah
  • Kepala tunduk kebawah, sayap dan ekor melabuh kebawah atau jatuh kebawah
  • Mata kusam atau bengkak
  • Mempunyai ketulan atau bengkak pada badan
  • Mengjauhkan diri daripada kumpulan atau pasangan
  • Muntah-muntah
  • Penurunan berat badan secara mendadak
  • Hilang selera makan
  • Tidak aktif 

Respiratory Disease/Respiratory Distress


Respiratory Disease/Respiratory Distress adalah penyakit atau musuh utama yang biasa menyerang Love Bird saya dan mungkin juga kepada Love Bird anda. Respiratory Disease/Respiratory Distress adalah penyakit berkaitan dengan saluran pernafasan atau lebih mudah lagi dikenali sebagai "SELSEMA" . Penyakit ini biasanya disebabkan oleh kaadaan cuaca semasa terutama dimusim hujan atau kadar kelambapan sekitar aviary atau cage dimana kita menempatkan Love Bird. Mengikut pengalaman saya, Love Bird amat sensitive pada tempat-tempat yang lembap dan sejuk kerana menjadi lumrah burung yang kecil mempunyai peparu yang kecil dan lemah dan jikalau diikutkan habitat asal Love Bird adalah berasal dari kawasan panas Savana atau negara-negara Africa yang tentu sekali amat berbeza kaadaan cuacanya dengan iklim khatulistiwa negara kita yang kadar kelembapannya adalah tinggi. Mengikut pemerhatian, Love Bird dalam peliharaan saya lagi sihat dan aktif ketika musim panas atau kemarau.

Antara simtom-simtom Respiratory Disease/Respiratory Distress adalah;
  • Kesukaran bernafas atau tercungap-cungap
  • Keluar lendir pada hidung, mulut dan mata
  • Bulu menjadi kusam
  • Kadar dengupan jantung yang kencang
  • Bunyi seperti orang diserang asma/semput
Pada kaadaan yang kronik Love Bird boleh dijangkiti radang peparu dan seterusnya boleh memnyebabkan kematian. Perkara ini pernah berlaku kepada saya sendiri apabila Love Bird Lutino kesayangan saya Ma Barker telah diserang  penyakit ini dengan kronik secara tiba-tiba dan bunyi pernafasannya amat jelas dan kuat seperti orang yang mengalami asma. Pada tahap ini biasanya Love Bird tidak dapat diselamatkan lagi.

gambar hiasan


Rawatan

  • Dapatkan rawatan daripada Doktor yang mana kebiasaanya ubat anti fungus akan diberikan. Doktor akan memberikan nasihat yang bersesuaian bagi rawatan patogen yang menjadi punca penyakin ini. Ciprofloxacin iaitu antibiotik bagi rawatan resdung yang kronik dan sistem pernafasan akan diberikan mengikut kadar yang bersesuaian dengan Love Bird anda. Cipro adalah ubat yang amat kuat dan hanya dikeluarkan oleh pakar perubatan yang dibenarkan sahaja. Nasihat daripada Doktor adalah penting bagi memastikan rawatan yang diberikan bersesuaian dan memberi kesan positif dalam proses rawatan. Pastikan kaadaan sekitar cage atau aviary Love Bird anda sentiasa dalam kaadaan kering dan bersih. Kebersihan adalah punca kepada sesihatan yang baik bagi semua kehidupan.
  • http://zooveterinary.com/tag/enrofloxacin
Punca

  • Punca penyakit ini adalah disebabkan persekitaran yang lembah, kaadaan cage dan aviary yang kotor, pemakanan yang tidak sempurna dan jangkitan berkaitan Aspergilloris iaitu wabak atau penyakit yang disebabkan oleh kulat atau fungus yang biasanya jarang terjadi kepada  burung liar tetapi kerap menyerang burung didalam kurungan. Penyakit ini adalah penyakit berjangkit dan akan menyerang semua organ dalaman burung.

Pencegahan


  • Air minuman burung hendaklah sentiasa bersih dan bebas pada bakteria berbahaya dan kulat. Cuba elakkan memberi burung anda minum air daripada sumber yang tinggi kadar klorin dan florida yang bukan sahaya boleh menyebabkan kekeringan pada kulit dan rambut manusia malah ia juga menyebabkan sistem pernafasan burung terjejas.
  • Jauhkan burung daripada kadaan yang berhabuk dan berdebu ataus najis-najis yang lama dan kering yang boleh menjadi tempat pembiakan fungus/kulat merbahaya.
  • Yang paling penting sentiasa memberi burung anda Vitamin dan Vaksin, sebaik-baiknya ubat-ubatan organik yang bebas daripada toksik diamalkan.
  • Makanan yang seimbang dan bersesuaian amat perlu dititik berat oleh pemilik. Pelbagaikan menu diet burung anda bagi memastikan mereka mendapat nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan mereka semaksima mungkin.

Amalan Sihat Yang Perlu Diamalkan 


gambar hiasan
Love Bird yang sihat, cergas, mata bersinar, bulu yang cantik, tulang yang kuat, anak-anak yang sihat, telur yang berkualiti adalah daripada penjagaan yang sempurna oleh kita sebagai pemilik. Penjagaan yang sempurna dan beretika pasti akan memberi keselesaaan dan kesihatan yang baik kepada burung kesayangan. Permakanan seimbang, kebersihan, kasih sayang, penjagaan yang sempurna, rawatan dan vitamin tambahan amat penting bagi burung kesayangan kita. Kita sebagai pemilik haruslah  memastikan burung kesayangan kita mendapat hak dan layanan yang terbaik. Jangan jadikan mereka hanya sekadar penghibur dan hiasan semata-mata tetapi anggaplah mereka sebahagian daripada keluarga dan dsebahagian daripada diri kita yang mana menjadi tanggungjawab dan amanah daripada Allah untuk dijaga dengan sempurna.